Sabtu, Jun 11, 2016

Novel Milik Engkau Saja Karya Acik Lana Bakal Diadaptasi?


Sebut nama Acik Lana pasti ramai yang kenal. Banyak novel karya Acik Lana yang meletop! Banyak juga novel Acik Lana yang diadaptasi dalam bentuk drama bersiri.

Antaranya, Aku Bukan Mistress, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, dan yang terkini Akadku Yang Terakhir.


Terkini, sumber rapat membisikkan bahawa novel Acik Lana berjudul Milik Engkau Saja terbitan Booku bakal diadaptasi. 

Agak-agak siapa yang sesuai bawakan watak utama. Katanya, hero dan heroin dalam novel ini wataknya sukakan kucing, jadi ada yang bagi cadangan Saharul Ridzwan dan Zara Zya, sebab kedua-dua pelakon ini dalam real life memang pencinta kucing!

Cadangan seseorang! Muz, setuju! Anda? Hehehe...