Ahad, Jun 19, 2016

Juadah Buka Puasa Kegemaran Erra Fazira, Amy Mastura & Ziana Zain



Melihat video pendek rakaman selepas program MeleTOP, Ramadan tahun lepas ini, pastinya peminat ketiga-tiga selebriti wanita negara yang digelar legend ini akan tersenyum simpul.

Selamba, gila-gila, sempoi dan kelakar. Cukup sudah empat perkataan ini menggambarkan peribadi Erra Fazira, Amy Mastura dan Ziana Zain.

Ketiga-tiga mereka, selain menyanyi dan berlakon, masing-masing juga pernah bergelar pengacara, duta produk dan juri bagi program realiti.

Tak adakah mana-mana penerbit atau pengarah nak gandingkan ketiga-tiga mereka dalam drama atau telefilem? Kalau ada, paling tidak contohnya untuk slot khas seperti lebaran kan seronok!


Erra Fazira  - Martabak, Tepung Pelita, Ayam Percik

Amy Mastura - Martabak, Karipap, Roti John

Ziana Zain - Teh Tarik, Kurma, Popia Goreng