Jumaat, Jun 03, 2016

Episod Akhir Drama Akadku Yang Terakhir; Astro Prima/ Maya HD


Lebih 40 episod bersiaran di Astro Prima dan Maya HD, petang ini drama bersiri adaptasi novel, Akadku Yang Terakhir akan melabuhkan tirainya.


Mengisahkan seorang lelaki Irham Zafri yang mengalami kecelaruan dalam perhubungan rumah tangga yang akhirnya ditakdirkan jatuh cinta dengan doktor pakar sakit jiwa yang merawatnya sendiri, Rania.

Apakah kesudahan drama adaptasi novel Akadku Yang Terakhir karya novelis terkenal Acik Lana ini? Apakah ending dramanya berbeza daripada kesudahan plot cerita dalam novel? 

Jangan lupa saksikan episod akhir Akadku Yang Terakhir back to back bersiaran selama dua jam, istimewa sebagai penutup kisah, jam 6 petang hingga 8 malam, hanya di Astro Prima dan Maya HD.