Isnin, Jun 20, 2016

Ejekan Dorong Raja Afiq Turunkan Berat Badan




Puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil akibat berbadan gempal, bakat baharu, Raja Afiq nekad menurunkan berat sebanyak 54 kilogram (kg). Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg. 

Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang. 

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan.