Rabu, Jun 29, 2016

Duit Dah Bank In Tapi Baju Raya Tak Sampai; Elle Zada Beri Jawapan!



Kecoh satu Malaysia, apabila baju raya yang dijanjikan tak kunjung tiba. Padahal duit sudah bank in lama. Tarikh yang dijanjikan juga asyik ditunda. Lebih teruk Pos Malaysia juga sudah tamat penerimaan barang untuk pengeposan bagi penerimaan sebelum Aidilfitri.

Barang tak kunjung tiba. WhatsApp tak berbalas. Pertanyaan sepi. Duit yang dah bank in entahkan dapat balik atau lesap tak bertepi.

Inilah dilema para pembeli baju raya di bawah label ElleZada X SamTilla. Jenama Ellezada sudah 4 tahun beroperasi dalam perniagaan berkonsepkan pakaian. Tahun ini, ElleZada bekerjasama dengan pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin untuk dua konsep pakaian lebaran.

Dah lama juga sebenarnya projek ni dah lancar, sebelum bulan puasa beberapa bulan. Ada yang bank in bulan April tapi minggu last puasa baru dapat. Itu pun mujur.

Masalahnya, kalau semak di IG ElleZada bersepah komen berbaur luahan perasaan, kekecewaan, kemarahan malah ada yang menyumpah dan memaki, disebabkan pakaian Aidilfitri yang dijanjikan tak kunjung tiba.

Ada juga yang mendakwa, pihak ElleZada, cakap tak serupa bikin. Nak cakap refund duit, tapi tunggu punya tunggu tak ada pun. Ada pula yang tulis, kena desak sampai pergi balik butik ElleZada serupa pengemis hanya untuk dapatkan kembali hak sendiri.

Tidak kurang juga yang turut mengheret Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam kontroversi ini meskipun pasangan seleberiti berkenaan sama sekali tidak terlibat dalam permsalahan ini secara langsung.

Namun, atas dasar kemanusiaan, dan ambil berat terhadap peminat, hari Shaheizy Sam telah memuat naik beberapa video pebualan bersama Shahzada Khan, iiatu suami kepada pengasas ElleZda, Elliyin Rasif.

Muz, tampilkan videonya di bawah ini supaya pelanggan busana Aidilfitri daripada jenama ini mendapat penjelasan.

A video posted by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on



A video posted by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

A video posted by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Sebagai pelanggan yang pernah melalui situasi sebegini, Muz faham sangat perasaan mereka. Kalau yang dijanjikan tak dapat ditepati, adakah pelanggan yang naik angin perlu dpersalahkan?? Lebih teruk jika masa bank in cepat saja reply-nya tapi bila tanya bab pengeposan, hampeh tak ada jawapan. 

Muz, yang pernah lalui tahun lepas, dengan jenama pakaian lain, bilamana WhatsApp tak berbalas walaupun sudah bluetick, dan pelanggan dah mula komen secara terbuka di IG perniagaan mereka, tahu apa komen pihak sana? "Lelaki pun sama naik macam perempuan ya!" Habis tu, orang lelaki beli baju dia pakai pasir ke, orang permepuan je beli guna duit?" Memang gelaklah baca komen macam tu, nak marah pun tak guna.

Tahun ni pun kena juga. Bank in sebelum puasa, janji lusa nak pos. Stok sampai esok. Lepas tu dari sehari ke seminggu. Lepas tu dah dekat sebulan. Puasa 23 baru sampai. Tapi baju dia berkedut sejuta. Tengok lepas buka kotak pun tak ada selera.

Lain pula sut kurta yang Muz bank in dalam minggu pertama puasa, tak sampai seminggu lepas tu dah sampai. Lepas sehari dua bank in, warna kurta yang Muz pilih memang sold out. Bila sampai di tangan, tengok pun puasa hati, elok saja berseterika, tak ada kedut dan bungkus macam samapah.

Moralnya, kalau ada yang boleh jual secara online elok-elok, kenapa dalam masa yang sama ada pihak lain yang sering tampil dengan pelbagai alasan bilamana jadi situasi yang terjadi kepada ElleZada dan pengalaman peribadi Muz sendiri?

Tepuk dada tanya minda. Apa yang Muz cakap, kalau tak pasti boleh penuhi permintaan semua, janganlah tamak ambil tempahan, kemudian dengan mudah beri alasan, langkah paling selamat refund balik duit. Kasihan orang yang dah awal-awal tempah tapi akhirnya tak dapat beju raya. Nak cari lain mungkin akan ada macam-macam masalah sebabnya, isu berlarutan sampai beberapa hari sahaja lebaran.

Apapun, Muz doakan saja semua bertenang, dan harapnya isu ElleZada X SamTilla ini akan selesai dengan aman. Benda dah jadi, nak bising macam mana pun dah tak guna. Bagi yang confirm tak akan dapat baju raya carilah alternatif lain, Jumaat dan Sabtu ni moodrepublik di Alor Setar, mungkin boleh cari di sana, bagi orang utara.



1 Komentar:

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
30/6/16 1:09 PG delete

Kesian sam tak pasal2 kena tempias.. sabar la ye

Reply
avatar