Ahad, Jun 19, 2016

Che Ta Wajib Ada Nasi; Zain Saidin Tiap Hari Ayam Panggang



“Saya beruntung sebab suami bukanlah seorang yang cerewet dan dia sukakan masakan yang ‘simple’ sebagai contoh ayam masak kicap dan udang goreng kunyit.


Pelakon Rozita Che Wan akui suaminya aktor Zain Saidin lebih gemar untuk memasak lauk sahurnya sendiri.

“Tapi sekarang disebabkan dia menjaga badan dan lebih fokus terhadap makanan kesihatan, masakan berlemak atau bergoreng memang dia tak makan.

“Yang dia suka ialah ayam panggang tapi yang bagusnya suami saya ni lauk dia memang dia yang masak.

“Saya cuma masak nasi beras perang untuk dia. Kita kalau hari-hari makan ayam panggang pun bosan juga kan? Tapi dia okay saja.

“Kalau saya, tak kisah la masak lemak ke, ayam goreng ke saya makan saja, tapi yang penting sahur dan berbuka saya memang kena makan nasi,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama Che Ta bertempat di Tesco Extra, Shah Alam baru-baru ini. - Astro Gempak