Sabtu, Jun 11, 2016

"Cari Rezeki Hanya Untuk Datang Kepada Muhammad & Allah" - Warga Emas Bongkok Enam Dari Alor Setar Di Madinah



Menjejakkan kaki ke tanah suci, beribadah di Baitullah, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pastinya menjadi dambaan setiap Muslim. Apatah lagi saat tibanya bulan Ramadan. Bulan yang penuh barakah pastinya terasa sangat bererti tatkala disambut di bumi yang diberkati.

Menerusi perkongsian daripada penulis terkenal Ana Balqis yang ketika ini berada di Tanah Suci, beliau diberikan kesempatan bertemu dengan seorang wanita tua yang disifatkan sebagai bongkok enam di Masjid Nabawi.

Warga emas yang hampir 80 tahun usianya dan dikenali dengan panggilan Tok Teh ini berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman, Datangnya wanita tua ini ke sana adalah seorang diri lantaran dirinya yang sebatang kara. Kerja wanita tua ini sedari muda adalah membuat kuih dan menjaga anak-anak orang.

Paling mengujakan adalah wanita berusia ini hampir saban tahun akan datang berziarah ke makam Rasurullah S.A.W. Lebih mengkagumkan adalah beliau sudah bongkok enam! Jalannya hanya pandang ke bumi.

Kata beliau,"Mencari rezeki hanya untuk datang kepada Muhammad dan Allah!"



Semoga kita yang sihat-walafiat ini juga diberikan kekuatan, keazaman, dalam menunaikan rukun Islam kelima juga ibadah umrah, dan dimurahkan rezeki untuk sering bertandang ke Baitullah. InsyaAllah.