Rabu, Jun 08, 2016

Bos Naza Didakwa Pukul Isteri; Kes Disebut Semula Ogos Depan


Terkejut juga baca berita ni di Malaysiakini. Memanglah dalam beberapa bulan ni pelik bila tengok IG kedua-duanya. Mula, SM Faisal delete IG lama. Lepas tu muncul balik, lepas beberapa bulan. Pelik bila tak ada langsung gambar-gambar bersama pasangan yang dikongsi, oleh kedua-duanya.

Dan bila baca berita ini, barulah lerai semua persoalan. Harapnya, semua urusan dipermudahkanlah hendaknya. Rasa sayang, famili ini antara keluarga contoh bagi Muz, rasa suka bilamana tengok kebahagiaan mereka sekeluarga, lewat gambar-gambar perkongsian di Instagram.

Sebagai orang luar, kita doakanlah yang terbaik buat mereka, ya!



SM Faizal, 37, didakwa memukul isterinya, Datin Emilia Hanafi pada 22 November 2015 di kediaman mereka di Desa Sri Hartamas. Ketika kejadian, Emilia yang juga berusia 37 tahun, masih lagi menjadi isteri kepada SM Faizal.

Namun, pasangan itu kini dipercayai telah bercerai pada bulan Mac yang lalu dan memiliki 3 cahaya mata.

Sebutan semula kes melibatkan ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin yang didakwa memukul isterinya akan dibuat pada 2 Ogos depan. Tarikh itu ditetapkan oleh hakim, Ahmad Solihin Abdul Wahid.

SM Faizal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A di bawah kanun yang sama iaitu jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada masa ini, SM Faisal memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies.

4 Komentar

Write Komentar
Amanda Suria
AUTHOR
8/6/16 1:33 PTG delete

Bukan wife Dia Marion counter ke?adoi SA ketinggalan

Reply
avatar
8/6/16 3:15 PTG delete

Marion tu adik ipar SM Faisal, isteri kpd SM Nasa, adik Faisal

Reply
avatar
Herman Ahmad
AUTHOR
28/9/16 10:56 PG delete

Dia yg tahu...nk blame SA plk...dok bwh tempurung ker...wakakakaka

Reply
avatar