Isnin, Jun 13, 2016

Bila Nak Ada Anak...?


Bila nak ada anak? Kalaulah kita sendiri yang cipta anak tu, mesti boleh jawab, petang nanti, esok pagi, lusa, tulat... 

Tapi itulah yang sering terjadi dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Bila nak kerja? Bila nak kahwin? Bila nak dapat anak? 

Yang melalui mesti sukar rasanya. Apatah lagi tak lama lagi nak raya. Balik kampung, jumpa saudara-mara, jumpa kawan lama...

Soalan sensitif, bila nak kerja, bila nak kahwin, bila nak ada anak... Tolonglah... Tolonglah berfikir sebelum bercakap. 



REZEKI ANAK

Alhamdulillah, setahun berkahwin dengan Fara Eliyani penuh suka dan duka, namun belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata. Masa awal usia perkahwinan kami, baru bulan pertama kahwin pun ramai orang dah tanya, “loy, dah ado isik lum?” Den cuma sengih kerang busuk, “Bolun ado laie..hehe..”

Ditakdirkan, den dan abang sulung Ahmad Ya Habibi bernikah cuma selang dua minggu, dah rezeki abang den, baru bulan pertama berkahwin isterinya Bintu Mohamad Zain disahkah mengandung (powehhh abang den..haha)

Bulan yang sama farah lambat period 6 hari, hati dah berbunga terbayang den dan abang den dapat hadiahkan dua orang cucu buat haji ismail dan hajah robiah. Tapi Allah sebaik-baik perancang, pada hari ke-7, farah datang period, dan itulah detiknya den melihat kesedihan seorang perempuan yang kecewa gagal memberikan zuriat pada si suami.

Episod drama air mata ni berlangsung hampir setiap kali farah lambat datang period, bak kata Adham Malam, “every late period is a hope”. Perempuan ni sangat sensitif dan hatinya memang mudah tersentuh, tugas kau seorang suami untuk pujuk dan bagi nasihat.

Kadang-kadang tengok gambar baby kawan-kawan upload kat facebook pun diorang boleh meleleh air mata. (Den dengan farah memang suka tengok gambar anak kawan-kawan)

Ada satu malam, den tengah kusyuk tengok drama, tiba-tiba fara nangis meleleh-leleh air mata sambil pandang phone, rupanya dia nangis tengok kartun UP. (Link di komen pertama, korang tengok nanti korang tahulah kenapa)

Den nasihatkan farah,

“Rilekla sayang, kita baru je kahwin ni, honeymoon la dulu”
“Sabar ya sayang, orang lain kahwin lagi lama dari kita, mesti diorang lagi sedih”
“Sayang, kawan ayah kahwin 13 tahun baru dapat anak pertama, kita sabar ye”
Tambah perit bila orang sekeliling asyik tanya bila nak ada baby, kita orang lelaki memang rilek sengih kerang busuk, tapi orang perempuan ni cepat je terasa.

Farah selalu jawab, “belum ada lagi”, dan nanti balik rumah, dengan muka sedih dia akan mengadu pada den.

Den ajar farah, lain kali kalau orang tanya, jawab la “belum ada rezeki lagi, nanti tolong doakan saya dapat baby ye”, inshaaAllah orang tu akan aminkan, secara percuma ada orang tolong doakan untuk kita.

orang kena tahu, bagi orang yang mudah dapat cahaya mata, lawak pasal “tembak tak tepat”, “masuk salah lubang” dan lain-lain memang nampak kelakar, tapi lama kelamaan lawak macam ni jadi “annoying” buat sesetengah pihak.

Kadang-kadang dah geram, den selamba jawab “Allah belum bagi lagi”, terkedu terus orang yang bertanya.

Buat sahabat-sahabat yang belum ada rezeki cahaya mata, bersabarlah dan berdoalah. Percaya dan yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Buat para suami, kau jangan jadi penambah duka isteri kau pula, jadilah suami yang baik dan “supportive”, berikan kata-kata semangat supaya isteri kau terus semangat untuk menempuh hari-hari mendatang.Adiosssss...

Sumber: Izzat Ismail

2 Komentar

Write Komentar
Ayuni
AUTHOR
13/6/16 9:22 PG delete

haha, sy pun bnyk ske tanya bila nak kawin, kalau nak carikan takpelah, nie asyik tanya je...

Reply
avatar