Ahad, Jun 19, 2016

Bantuan Ramadan Dan Raya Untuk Asnaf Di Sarawak & Melaka


Sebuah program kemasyarakatan dan kemanusiaan yang saban tahun dijalankan oleh novelis popular Norhayati Berahim.

Muz hanya kongsi di sini. InsyaAllah, moga ada hambaNya yang akan tampil membantu.



BANTUAN RAYA DAN RAMADAN

Seperti tahun tahun yang lalu; Kami akan menyantuni asnaf di Sarawak dan di Melaka.

InsyaALLAH penjelajahan di Sarawak akan bermula pada 22 Jun hingga 26 Jun. Di samping itu kami juga mengadakan porgram tadarus pelajar sekolah di sarawak. Pelajar yang mengambil bahagian seramai 61 Orang.

Kami juga mengadakan program bertadarus di kampung Ulu Semera 25 kanak kanak dan 30 orang dewasa.

Penjelajahan kedua pula akan diadakan di melaka insyaALLAH selepas 1 hb Jun sehingga petang raya.


Andai ada kawan yang mahu memberi sumbangan wang ringgit hubungi kami:


Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank 161190100716 Liza bujang