Jumaat, Jun 24, 2016

Al-Fatihah; Pakar Motivasi Prof Izzi Meninggal Dunia




Profesor Madya Izzi Haji Ali yang terkenal dengan tazkirahnya di Hot FM meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Allahyarham Izzi atau nama sebenarnya Md Izuddin Ali yang juga pakar motivasi meninggal dunia akibat serangan angin ahmar kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

mStar Online dimaklumkan, Allahyarham diserang penyakit berkenaan sejak seminggu lalu.

Jenazahnya dijadual akan dikebumikan di kampung halamannya di Terengganu.




Allahyarham sebelum ini popoular dengan tagline ‘renung-renungkan’ dan ‘selamat beramal’ menerusi segmen tazkirah di saluran radio Hot FM.