Jumaat, Jun 10, 2016

Akan Datang Telefilem Suami Tanpa Cinta Raya


Kalau tanya siapa antara heroin drama TV popular, berbakat dan kegemaran ramai masa kini? Salah satu daripada nama yang akan melekat ialah Janna Nick. Kalau di TV3 Janna Nick akan muncul bersama Saharul Ridzwan dalam Telefilem Kau, Aku, Kita Raya, di Astro Ria pula Janna Nick akan berpasangan dengan Shukri Yahaya dalam Telefilem Suami Tanpa Cinta Raya.


Hah, meriahlah raya korang tahun ni dengan kesinambungan drama-drama adaptasi novel yang meletop di kaca TV tu kan? Jangan sampai tak nak keluar rumah sudah. Tak elok kalau tak melaway dan berkunjung ke rumah jiran tetangga, saudara-mara dan rakan taulan.

Fasal telefilem ni korang boleh rekod je, atau yang di Astro mesti ada ulangan, lagi senang, cari saja sumber di Online. Hehe...

Apapun, THE EM MAIL tetap akan update cerita tentang dunia hiburan tempatan istimewa buat anda, pembaca yang disayangi.