Sabtu, Jun 18, 2016

Akan Datang Telefilem Pergilah Air Mata Ramadan




Sinopsis Telefilem Pergilah Air Mata Ramadan

Dua tahun sudah pun berlalu sejak Sufiya meninggalkan Adani dan adik-adiknya dek kerana tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Oleh kerana sering didera, Adani dan adik-adiknya nekad lari daripada bapa mereka untuk bersatu semula bersama ibu tersayang mereka.

Ikutilah kisah hidup Sufiya dan anak-anaknya yang perit akibat selalu berada dalam ketakutan didera oleh ayah kandung mereka sendiri dalam telefilem Pergilah Air Mata Ramadan, pada 20 Jun 2016 (Isnin), jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.