Sabtu, Jun 11, 2016

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Isteri Tuan Ihsan



Info menarik yang nak dikongsikan dengan pembaca sekalian. Aaron Aziz akan muncul lagi sebagai hero dalam drama adaptasi novel berjudul Isteri Tuan Ihsan.

Selepas berjaya sebagai Tuan Anas Mikael, Aaron Aziz akan membawakan watak seorang lelaki usia 40-an yang rata-rata pembaca novel ini menyifatkan sebagai seorang yang agak hot!

Bagi menjayakan watak berkenaan, Aaron Aziz juga tampil dengan rambut baharu, yang digayakan dengan warna kelabu. Pembaca novel Isteri Tuan Ihsan dan pengikut jalan cerita mengikut daya imaginasi penulisnya, Sara Kyoko, mesti tahu kenapa kan?

Aaron Aziz akan bergandingan dengan Amyra Rosli. Mesti gempak projek ni nanti kan? Untuk updates stay tuned dengan THE EM MAIL, dan boleh follow Instagram Muzz (@ku_muzz).