Jumaat, Jun 03, 2016

Adegan Rogol Drama Akadku Yang Terakhir; Amar Baharin Bidas Tulisan Joyah Dalam Akhbar



Minggu akhir drama bersiri adaptasi novel berjudul Akadku Yang Terakhir mencetuskan kontroversi hebat apabila adegan rogol antara Irham dan Rania tersebar di media sosial.

Babak rogol yang dilakonkan oleh Amar Baharin dan Tiz Zaqyah itu bagaimanapun tidak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, adegan tersebut tetap bocor pada tontonan umum, apabila disebarkan sendiri oleh orang dalam produksi berkenaan untuk tujuan promosi.

Perkara itu pernah dimaklumkan sendiri oleh Amar Baharin kepada wartawan yang disiarkan menerusi BH Online. (Gambar bawah, adalah screenshot kenyataan)


Sebagai pelakon, tak salah untuk Amar Baharin tampil membela diri dengan menjelaskan tuntutan kerjaya sebagai pelakon. Namun, persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan apabila babak yang tidak akan ditayangkan untuk tontonan umum, tetapi lepas juga kepada masyarakat sejagat untuk melihatnya.

Kalau ditayang di kaca TV sekalipun, yang dapat tengok orang yang langgan Astro semata-mata. Tetapi bila dah dimuat naik ke YouTube dan sebagainya dengan niat untuk promosi, semua orang dapat tengok. Bahkan remaja sekolah rendah pun sudah ada telefon bimbit yang mempunyai data yang dapat akses ke YouTube. 

Maka, tidak hairanlah apabila ramai yang tampil mengkritik adegan berkenaan. 

Teringat Muz perbualan dengan seorang pelakon lelaki senior, dia jarang berlakon sekarang ni, tetapi tahun lepas dapat tawaran jadi hero drama adaptasi novel Bukan Isteri Sempurna. Dia dapat skrip dan baca. Banyak adegan memerlukan sentuhan dan seumpamanya. Isterinya tak kisah, tetapi dia menolak tawaran tersebut.

Begitu juga dengan seorang pelakon lelaki muda terkenal yang sudah berkahwin, yang turut melakonkan watak utama untuk salah sebuah projek drama adaptasi karya Acik Lana untuk tayangan TV3, yang bertegas tidak akan lakonkan adegan yang melampau, meskipun novel itu sendiri mempunyai babak-babak mesra suami isteri yang agak menonjol.

Jadi, sebagai seorang pembaca novel, penulis, penonton drama dan filem, dan blogger, Muz rasakan pelakon ada hak untuk menyuarakan kepada produksi untuk bertegas dalam melakonkan watak-watak yang 'melampau' yang boleh bikin kontroversi seperti ini. Jika pelakon lain boleh buat kenapa bukan anda?

Dan jika ada pelakon yang 'berani' dan 'tak kisah' melakonkan adegan sebegitu, makanya jangan melatah jika dikritik dengan pedas oleh khalayak. Ingat, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak berlakon adegan rogol atau tak sebarkan dengan sengaja babak tersebut, tak adalah khalayak pun nak kritik tak tentu fasal.



Adegan "rogol" ditayangkan di TV?  Seakan tidak belajar? Beri macam2 alasan? Jangan cepat melatah... Ni #IrhamZahri nak bg tau joyah. Adegan rogol ni tidak pernah skali pon ditayangkan secara umum di TV. Joyah tengok tak drama ni? Joyah buat homework tak sebelum tulis??? Yes, kami sbg pelakon memang kami melakonkan adegan ini seperti yg tertulis didalam novel dan skrip. Tetapi sebagai manusia, kami terfikir balik, mungkin kurang enak untuk ditayangkan kpd penonton Malaysia... jadi kami dengan nasihat dari penerbit, pengarah  dan semua tenaga kerja mengambil keputusan untuk tidak menunjukkan aksi ini di TV  atas sebab2 tertentu. Nama pon berlakon. Ada adegan sweet2, ada adegan sakit, ade adegan sedih, ada adegan bunuh dan ada adegan rogol. Bukan kata kalau rogol tu kena rogol betul2. Kalau bunuh, kena bunuh betul2. Kami masih waras untuk menilai mana baik mana buruk. Ini la namanya "film making". Dan penasihat2 yg maha hebat kat luar tu... terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Kalau sakit naw mata tu tengok lakonan kami, kalau tertusuk sgt dengan jalan cerita #AkadkuYangTerakhir ni, ni saya bg tau rahsia untuk anda lebih tenang. ✅. Ambik remote Astro tu, tekan butang paling atas- kanan. Insyaallah tenang hati anda ☺️☺️☺️ Ohhh ya peminat setia #AkadkuYangTerakhir Jangan lupa episod finale 2 jam hari ini bermula jam 6ptg - 8mlm di Astro Prima dan MayaHD #SalamJumaat
A photo posted by Amar Baharin (@amarbaharin) on