Jumaat, Jun 03, 2016

Achey Bocey Nyanyi Putus Terpaksa Di Majlis Kahwin; Sempoi Dalam Semput!



Siapa yang tak kenal dengan Achey dari Kumpulan Bocey kan? Dalam sebuah majlis kenduri kahwin yang berlangsung di kampung halamannya, Achey dengan sporting menyampaikan lagu Putus Terpaksa dendangan asal Ziana Zain.

Lagu berhantu ciptaan Saari Amri tersebut memang terkenal dengan high pitch dan sering dilabel sebagai lagu cekik leher. Memenuhi permintaan saudara-mara, Achey tetap menghabiskan nyanyian karaoke lagu Putus Terpaksa tersebut, meski ada bahagian dilihat seperti putus nafas dan semput.

Biasalah, penyanyi profesional pun susah nak bawa lagu ini kalau guna key asal. Apapun, Achey memang sempoi, dan digelar tidak sombong dan sempoi oleh khalayak yang menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut!