Sabtu, Mei 21, 2016

Ziana Zain Dan Siti Nordiana Duet Lagi Di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016


Baru sangat rasanya, Ziana Zain dan Siti Nordiana disatukan di atas pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 dua minggu yang lalu. Ketika itu, Ziana dan Nana membawakan lagu Syurga Di Hati Kita dan Dingin.


Persembahan yang digelar sebagai paling dinanti-nantikan itu dianggap berjaya oleh kebanyakan pihak. Namun, ada segelintir pihak turut memberikan kritikan. Antara kritikannya adalah pemilihan pasangan duet yang tidak serasai mengikut range vokal dan pemilihan lagu yang tidak wow selari masa kini.

Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016, yang akan berlangsung pada malam ini juga akan menggandingkan Ziana Zain, bersama Siti Nordiana. Lagu yang dipertaruhkan adalah Anggapanmu.

Sejujurnya, Muz lebih suka jika Ziana Zain digandingkan dengan penyanyi lelaki seperti Azlan The Typewriter. Black ataupun Awira. Kalau nak senior pun, Awie! Apapun, tunggu dan lihat sahaja malam ini, mana tahu serasi pula kan?