Ahad, Mei 01, 2016

[Video Pelajar Perempuan Ditampar Berulang Kali Di Dalam Kelas!



Video pendek yang memaparkan adegan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah menampar pipi seorang pelajar perempuan di dalam sebuah kelas menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi dalam 20 saat itu menunjukkan, perbualan dalam bahasa Tamil, sambil pelajar lelaki berkenaan mengangkat tangan dan menampar pelajar perempuan berbangsa India yang sedang duduk.

Ketika kejadian, kelas tersebut masih lagi dihuni oleh pelajar-pelajar lain yang sekadar hanya memerhati. Lebih malang ada yang hanya tertawa. Dan lebih teruk seorang pengawas perempuan yang berdiri bersebelahan mereka sekadar minum air sambil berdiri sahaja.

Persoalannya, siapa yang merakam 'drama' tersebut! Mustahil guru! Nah, masalah disiplin memang semakin parah dalam kalangan pelajar melibatkan institut pendidikan dewasa ini.

1 Komentar:

Write Komentar
1/5/16 8:41 PTG delete

Menakutkan bila mengenangkan pelajar2 sekarang semakin daring dari zaman2 kita dahulu...

Reply
avatar