Jumaat, Mei 27, 2016

[Video] Kontroversi Babak Panas Amar Baharin Dan Tiz Zaqyah Dalam Drama Akadku Yang Terakhir


Akadku Yang Terakhir. Dengar tajuk saja, dah suka novel ni. Masih ingat, baca dalam bas ekspres, di lebuhraya utara selatan menghala ke utara. Masuk dalam bag galas. Hujan, basah sedikit kulit novelnya. Frust juga. Hahaha...

Bila novel ini didramakan, dan apabila barisan pelakon diperkenalkan. Maaf, memang dah tekad tak akan tengok dramanya.



Sejak semalam, viral video babak panas antara Amar Baharin dan Tiz Zaqyah yang memegang watak utama dalam drama adaptasi novel ini. Babak atas katil, memaparkan Irham mahu merogol Rania, isterinya sendiri!

Dalam kalangan netizen dan penonton sebahagiannya terkejut dengan keterbukaan pelakon yakni Amar Baharin dan Tiz Zaqyah yang berani melakonkan babak intim berkenaan. Meskipun masih berpakaian, namun adegan sentuhan melampau dengan dialog yang diucapkan Amar Baharin ternyata boleh mengundang persepsi negatif terutamanya dalam kalangan penonton bawah umur.


Membaca novel dan menonton drama adaptasi novel adalah dua perkara yang berbeza. Membaca hanya lewat tulisan. Imaginasi bergantung kepada ciptaan pembaca itu sendiri. Tetapi menonton drama, imaginasi itu boleh melangkaui batasan jika beginilah gaya yang mahu ditampilkan untuk tontonan umum dan khalayak ramai.