Sabtu, Mei 21, 2016

[Video] Khai Bahar Pancit Nyanyi Madah Berhelah; Lagu Ziana Zain Jadi Kayu Ukur Kehebatan Vokal Penyanyi?



Lagu-lagu nyanyian Ziana Zain memang dikenali dengan lagu-lagu yang bernada tinggi, mencekik leher dan diibaratkan boleh putus urat. Bahkan, Ziana Zain yang dua tahun lagi akan menginjak usia 50 tahun juga pernah berkata sudah tidak mampu membawakan lagu-lagu zaman kegemilangannya menggunakan key asal lagu tersebut.

Umumnya lagu asal nyanyian penyanyi wanita juga memang sukar dibawakan oleh penyanyi lelaki jika menggunakan key asal terutamanya lagu-lagu yang mencabar vokal seseorang penyanyi seperti lagu-lagu dendangan Ziana Zain.

Lalu, tidak hairanlah seleksi popular dan hits dendangan Ziana Zain seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Korban Cinta, Puncak Kasih, dan banyak lagi menjadi pilihan bagi penyanyi baharu ataupun dalam mana-mana pertandingan nyanyian, kerana mendendangkan lagu-lagu Ziana Zain mempunyai suatu aura menguji kehebatan vokal seseorang individu yang menyanyikan lagu tersebut. 


Bukti yang paling terkini, June peserta Ceria Popstar 2016 semalam dalam Konsert Separuh Akhir telah mendendangkan lagu Putus Terpaksa. Dan Khai Bahar yang dikenali di YouTube dan aplikasi Smule juga pernah cover lagu Ziana Zain.

Malangnya, ketika mengadakan persembahan live di Universiti Malaya baru-baru ini, Khai Bahar yang berani mengambil risiko menyanyikan Madah Berhelah dengan menggunakan key asal nyanyian wanita, terputus nafas dan pancit sesudah mencapai note tinggi lagu berhantu ciptaan Saari Amri tersebut. 

Bagaimanapun, Khai Bahar menangani situasi tersebut dengan mengangkat tangan simbol mohon maaf sambil menguntum senyum.

Apapun, lagu-lagu dendangan Ziana Zain, sememangnya bukan mudah untuk dibawakan dalam persembahan live, dan terbukti menjadi penanda aras bagi mengukur kemampuan vokal seseorang penyanyi.

1 Komentar:

Write Komentar
Nurul Azrina
AUTHOR
28/5/16 11:13 PTG delete

aku tengok dia nyanyi bagus lah jugak weh..xde lah orang kata suara dia bagus dalam smule je..bukan senang lelaki nak bawak lagu perempuan lagi2 lgu ziana zain yg sgt high pichh tu haa..mgkin dia nervous..

Reply
avatar