Selasa, Mei 03, 2016

[Video] Kecoh Berebut Kopi Fizo Omar



Tengok video ni pertamanya memang rasa nak gelak. Baru sangat kecoh apabila manusia berebut-rebut bagi mendapatkan nombor untuk membeli tudung eksklusif Fareeda, hari ini viral pula manusia berebut-rebut untuk kopi Fizo Omar.

Kekecohan apabila orang ramai berebut untuk mendapatkan kopi percuma dan nombor giliran bagi koleksi tudung Fareeda terbaru yang akan dilancarkan.


Dalam video yang dimuat naik di Facebook, ada wanita bahkan mereka yang sedikit berumur sanggup untuk mengasak pihak RELA untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.


Ada juga netizen yang komen lancang. Tapi bagi Muz, dah memang ada orang sanggup nak letakkan diri dia dalam situasi itu (berebut-rebut, terjerit-jerit, terpekik-lolong, tak kisah kena raba), so kita nak kalut apa, lantak dialah!