Sabtu, Mei 07, 2016

Tujuan Tersembunyi Aliff Syukri Taja Kedah Terbongkar? RM100 Juta Jadi Taruhan!!


Pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengeluarkan kenyataan tanah rakyat Kedah tidak tergadai selepas menolak tajaan syarikatnya.

Kenyataan Presiden KFA itu seolah-olah 'mmebongkar niat tersembunyi' tujuan asal usahawan muda itu menaja Kedah dengan nilai RM30 Juta. Aliff berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu amat memalukan dirinya seolah-olah beliau ingin mendapat tanah di negeri itu secara percuma hasil tajaan bernilai RM30 juta.


Katanya, Ahmad Bashah sudah sedia maklum segala butiran perbincangan yang berjalan selama hampir tiga bulan dan beliau boleh berterus-terang jika ada terma perjanjian tajaan yang tidak dipersetujuinya.

"Saya cabar siapa yang boleh buktikan yang saya minta tanah percuma di Kedah dan saya boleh beri RM100 juta dan bukannya RM30 juta.

"Semua terma perjanjian syarikat saya hanya menyebut pemohonan untuk membangunkan Bandar D'Herb dengan usahasama anak syarikat kerajaan negeri.


"Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) yang menawarkan sendiri tanah di Bandar Sejahtera di Pokok Sena yang terbengkalai sejak tahun 2008," katanya.