Selasa, Mei 31, 2016

Tarikh Siaran Episod Akhir Drama Mr. Boss Miss Stalker



Ramai juga peminat drama adaptasi novel Mr. Bos Miss Stalker yang sedang ditayangkan dalam Slot Dahlia, setiap Jumaat hingga Ahad di TV3 itu. Walaupun, heronya muka lama, tetapi pabila digandingkan dengan heroin baharu seperti Mia Ahmad, menjadi juga resipinya bukan?

Kalau nak tahu, drama Mr. Bos Miss Stalker ni nak habis dah. Minggu lepas punya siaran dah tamat 15 episod. Tarikh akhir siaran drama Mr. Boss Miss Stalker adalah pada 4 Jun 2016, bersamaan dengan hari Sabtu.

Lepas ni haraplah ada lagi gandingan hero senior dan heroin muda lagi kan? Hero kalau tua sedikit pun tak apa, asalkan kena dengan watak. Sama juga heroin tak lawa sangat pun okay, asalkan berlakon tip top. 

Pendek kata, asal tak berlakon jadi kayu, mesti ada harapan untuk sesuatu drama tu jadi meletop!