Isnin, Mei 16, 2016

Tak Pandai Bercinta; Dayang Nurfaizah Tak Tolak Jodoh


Bakal menginjak usia 35 tahun pada Julai nanti, Dayang Nurfaizah mengakui tidak pandai bercinta. Mahu fokus pada karier, bagaimanapun wanita yang memiliki suara yang lunak merdu ini tidak akan menolak jodoh. Ikuti luahan bicara Dayang Nurfaizah bersama Kosmo!


“Setiap wanita pastinya mengimpikan rumah tangga dan ada anak, namun saya percaya itu semua jodoh dan akan datang sendiri apabila tiba masanya. Buat masa sekarang, saya fokus dengan karier dan keluarga namun jika jodoh tiba-tiba datang, apa salahnya”

“Soal sama ada ada lelaki cuba mendekati ataupun tidak, sejujurnya saya tidak perasan semua itu. Jika mahu, datang dan beritahu saya kerana mahu mengharapkan saya memulakannya, memang tidak tahu sampai bila”

“Saya memang tidak reti dan tiada pengalaman bercinta termasuk cinta monyet dan sebagainya,” jelasnya. Tambah Dayang, keluarga pun dalam masa yang sama tidak memberi tekanan terhadap perkara tersebut.