Isnin, Mei 02, 2016

"Tak Kisah Kena Kutuk; Yang Penting Poket Tebal" - Aliff Syukri Terlajak Laris


Kehadiran pelbagai jenama produk kecantikan, penjagaan diri dan kosmetik saban hari pastinya mewujudkan persaingan sengit. Rata-rata mahu keluar dengan produk sendiri, cipta jenama dan mahu kaut keuntungan.

Jadi tak hairanlah majoriti pengasas produk kecantikan ni bergelar jutawan meskipun pada usia yang sangat muda. Salah seorang daripadanya ialah Aliff Syukri Terlajak Laris.

Sebut sahaja namanya, pasti orang ramai akan teringat iklan-iklan yang dijayakan oleh tokoh usahawan tersebut. Ada yang suka, ramai juga yang jengkel. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata kejian yang melampau juga pernah dilemparkan kepadanya.

Bercakap kepada Harian Metro, Aliff Syukri menyatakan bahawa dia sama sekali tidak kisah apapun cakap-cakap orang tentang dirinya, yang penting poket dia sentiasa tebal!


“Orang kita hendak tengok dua benda saja iaitu paling hebat dan paling teruk. Orang Malaysia suka lain daripada yang lain, pada mula kemunculan, saya pakai baju kilat-kilat walaupun orang kata saya gila, saya tidak ada masalah”

“Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya”

“Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi saya perlu kisah macam mana pendapatan saya,” katanya kepada Harian Metro. Kata Aliff, apa yang lebih penting baginya adalah untuk mencari rezeki halal untuk keluarga selain memberi keutamaan kepada bayaran zakat dan juga cukai.