Khamis, Mei 19, 2016

Siti Nurhaliza, Sami Yusof Dan A.R Rahman Bakal Berduet?




Komposer terkenal dunia dari India, AR Rahman, baru-baru ini ada berkunjung ke kediaman penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza. Jom, kita baca apa perkongsian Siti Nurhaliza tentang pertemuan ini kepada Astro Gempak!

“Pada mulanya saya terkejut bila mendapat tahu dia (A.R Rahman) ingin bertemu dengan saya. Tetapi selepas rakan suami mengesahkan tentang perkara tersebut saya macam tak percaya. Kebetulan saya pula sibuk dengan sesi penggambaran di rumah ketika itu dan suami saya telah mencadangkan untuk menjemput sahaja A.R Rahman ke rumah kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Terbaru Simply Siti Luminous White.

"Kami banyak berbual mengenai kerjaya nyanyian masing-masing antaranya merancang untuk rakam lagu dan album bersama. Dia juga tahu yang saya pernah berduet dengan Sami Yusof untuk lagu ‘You Came To Me’ dan telah mencadangkan agar saya, dia dan Sami boleh bekerjasama untuk hasilkan sebuah lagu. Itu semua hanya peringkat  cadangan, selebihnya saya serah kepada rezeki dan keputusan daripada pihak A.R. Rahman,” ujarnya.