Rabu, Mei 04, 2016

Siti Nordiana, Khai Bahar Bakal Jalin Kerjasama?


Siti Nordiana yang semakin meletop sempat pula merakam nyanyian duet menerusi aplikasi Smule bersama penyanyi YouTube popular Khai Bahar. 


Juara program Gegar Vaganza 2 Siti Nordiana memberitahu bahawa dia tidak keberatan untuk bekerjasama dengan penyanyi baru, Khai Bahar, 22, seandainya diberikan peluang.

"Khai mempunyai suara yang bagus dan ada aura. Rancangan untuk bekerjasama kalau diberikan peluang, apa salahnya. Tapi buat masa ini belum lagilah, insya-Allah jika diberikan peluang boleh saja," ujarnya ketika dihubungi.

bagi Khai Bahar sendiri, dia juga turut berbesar hati sekiranya dapat berduet dengan penyanyi terkenal tersebut.

"Siapa yang tak mahu berduet dengan Siti Nordiana, sudah tentu saya menginginkannya. Bagaimanapun, saya dan pihak NAR Records belum buat keputusan apa-apa lagi. Lagu terbaru masih dalam perancangan, begitu juga dengan rentak dan susunan muziknya," katanya. - MH


1 Komentar:

Write Komentar