Sabtu, Mei 28, 2016

Sinopsis Telefilem Mimi Amah Diva; Astro Ria



Sinopsis Telefilem Mimi Amah Diva

Mengisahkan tentang Mimi Mia yang merupakan seorang pelakon yang tidak popular yang terdesak untuk mencipta nama. Mimi sanggup berbuat apa saja untuk dirinya dikenali dan popular, malah dia sanggup menyamar untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah produser terkenal, Taufik bagi mencapai hasratnya itu. Mimi agak sukar untuk menyesuaikan diri sebagai orang gaji dan sering dimarahi oleh Taufik. Apa yang bakal berlaku seterusnya, mampukah Mimi mencapai impiannya tu? adakah dia dan taufik akan saling jatuh cinta? nantikan kesudahannya.

Excellent Pictures telah menerbitkan telefilem bertajuk Mimi Amah Diva ini yang bakal ditayangkan pada 28 Mei ini. Diarahkan oleh saudara Khalid Nazri dan skrip hasil nukilan Nurull Halawati. Telefilem ini dibintangi pelakon-pelakon seperti Norman Hakim, Eira Syazira, Abby Nazri dan ramai lagi.