Selasa, Mei 31, 2016

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan; Samarinda TV3



 Sinopsis Lambaian Ramadan


Drama ini mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.

Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

Pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Faye Kusairi, Qazem Nor dan ramai lagi.