Selasa, Mei 31, 2016

Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik; Astro Oasis/ Maya HD



SINOPSIS IMAM MUDAKU ROMANTIK

Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu. Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.


1 Komentar:

Write Komentar