Ahad, Mei 29, 2016

Sharnaaz Ahmad Nafi Naikkan Bayaran Lepas Menang Anugerah



Kemenangannya sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-29 baru-baru ini bukan menjadi alasan untuk Sharnaaz Ahmad menaikkan harga bayaran dalam setiap tawaran berbanding sebelum ini. Sharnaaz, 31, tidak pernah menaikkan bayaran kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon sebaliknya harganya tetap seperti dulu.

“Harga saya sama sahaja seperti dulu. Maka, tidak timbul soal saya meminta bayaran lebih selepas menang,” jelasnya ringkas kepada Kosmo! Ahad semalam. - Kosmo!