Ahad, Mei 01, 2016

Sarah (Sabah) & Aainaa (Pulau Pinang) Tersingkir; Clever Girl Malaysia


Malam ini pentas Clever Girl menyaksikan peserta dari Selangor dan Perak bertarung untuk gelaran juara mingguan. Jane sekali lagi tewas dalam penentuan juara mingguan, sekali gus menyaksikan Arina dari Selangor memenanginya pada minggu ini.


Selaku juara mingguan, Arina diberikan peluang memasangkan 4 peserta tercorot dalam pusingan awal. Annur (Negeri Sembilan) dan Mary (Pahang) dipasangkan berdua, manakala Aainaa (Pulau Pinang) dan Sarah (Sabah) pula dipasangkan berdua.

Keempat-empat soalan berjaya dijawab oleh kedua-dua pasangan Clever Girl ini, soalan penentuan yang memerlukan peserta membunyikan buzer, menyaksikan Mary terlebih dahulu menekan buzer dan memilih jawaban.

Tuah memihak kepada Mary dan Annur, jawaban yang dipilih tepat. Sekali gus peserta pilihan, iaitu Sabah, Sarah tersingkir bersama rakan sepasukannya Aina dari Pulau Pinang.