Isnin, Mei 02, 2016

Resipi Sotong Goreng Madu



Bahan A:

1) 1kg sotong
2) 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3) 1 inci halia (tumbuk lumat)
4) Serbuk kunyit
5) Garam
6) Minyak

Bahan B:

1) 1 biji bawang besar (kisar)
2) 5 biji bawang putih (kisar)
3) 4 sudu besar madu
4) 1 sudu besar kicap pekat manis
5) 2 biji cili merah
6) 1 biji tomato

Cara Memasak:

1) Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10 minit
2) Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih). gunakan minyak goreng tadi hingga naik bau
4) Masukkan madu dan kicap
5) Goreng hingga pecah minyak
6) Masukkan cili merah dan tomato
7) Masukkan sotong yang digoreng tadi
8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
9) Tabur daun bawang
10) Sedia untuk dihidang


1 Komentar:

Write Komentar
teratai
AUTHOR
2/5/16 11:32 PG delete

Sedapnya.Memang suka lauk sotong, x kiralah lauk apa pun asalkan sotong :)

Reply
avatar