Isnin, Mei 16, 2016

Resipi Kari Sotong Anak Mami



Bahan-Bahan

1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4
1 keping asam gelugor
2 sudu besar rempah kari ikan *
1 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap manis jalen
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Bahan Hiris dan Tumis

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari, dilurut
2 batang serai- di ketuk

Cara- Caranya

  1. Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sotong, asam gelugor, madu sos tiram, kicap dan gaul rata.
  4. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan