Selasa, Mei 03, 2016

Resipi Daging Masak Hitam Istimewa




DAGING MASAK HITAM

Bahan Tumis
1) 3 tangkai daun kari ~ di raut
2) 1 batang serai ~ dititik
3) 2 batang kulit kayu manis
4) 3 kuntum bunga lawang
5) 3 biji pelaga
6) 5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
1) 3 ulas bawang putih
2) 6 ulas bawang merah
3) 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
4) 1 inc halia

Bahan Tambahan
1) 4 sudu besar kicap pekat
2) 1 sudu teh serbuk jintan manis
3) 1 sudu teh serbuk jintan putih
4) 1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan Perisa
1) 1/2 cawan air asam jawa
2) 1 kiub daging
3) garam dan gula secukup rasa
4) Maggi Cukup Rasa jika suka

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis, daun kari dan serai hingga harum.
2) Masukkan bahan yang dikisar, bawang merah,bawang putih dan halia.
3) Masukkan cili kering yang dikisar.
4) Masak hingga garing dan terbit minyak.
5) Masukkan daging batang pinang. Jika guna daging biasa, rebus dahulu hingga empuk.
6) Masak hingga daging empuk.
7) Masukkan jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air.
8) Masukkan kicap pekat.
9) Kacau rata dan biarkan ia merenih sebentar.
10) Masukkan air asam jawa.
11) Masukkan gula Melaka.
12) Masukkan kiub daging jika suka.
13) Masukkan perasa maggi secukup rasa, jika kurang masin baru tambah garam.
14) Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau yang dibelah dua.
15) Hidangkan.