Sabtu, Mei 07, 2016

Resipi Daging Jeruk Goreng Cili Padi


Tak lama lagi bulan puasa akan datang. Waktu sahur ramai yang suka skip makan dengan alasan tak ada selera. Nah, cuba resipi Dagig Jeruk Goreng Cili Padi, pasti akan membuka selera anda! Kredit FB Rafiza Idayu.



Bahan-Bahan:

  • Daging merah (batang pinang) dalam keadaan beku atau separa beku.
  • Garam halus.
  • Limau kasturi.

Cara Penyediaan:
  1. Daging merang bahagian batang pinang, cuci dengan alirkan air sepintas lalu sahaja.
  2. Potong atau hiris daging itu pada bahagian segi empat; rujuk gambar.
  3. Susun daging dalam penapis, untuk hilangkan air lebihan daging tersebut. 
  4. Tidak perlu basuh lagi potongan daging ini.
  5. Susun daging dalam bekas atau container.
  6. Taburkan garam sekata pada hirisan/potongan daging.
  7. Perahkan limau kasturi serata daging.
  8. Susun daging lapisan kedua, tabur garam, dan perah limau sama seperti proses terdahulu.
  9. Selepas habis, masukkan limau yang telah diperah tadi dalam bekas.
  10. Masukkan bekas ke dalam peti sejuk di bahagian Chiller (bahagian bawah), untuk proses pemeraman.
  11. Selepas sehari daging mula beubah warna. Untuk hasil terbaik biarkan selama satu minggu.
  12. Bila dah cukup satu minggu, boleh keluarkan untuk masak. Tidak perlu basuh, atau rebus daging tersebut.
  13. Cadangan masakan, goreng sahaja dengan bawang besar dan cili padi. Itu pun dah cukup bangkitkan selera!