Ahad, Mei 01, 2016

Raja Ilya Dan Izreen Azminda Tersingkir; Minggu Keempat Gempak Superstar


Minggu Keempat Gempak Superstar semakin gempak. Bukan peserta yang gempak, tetapi tikam lidah dan pendapat antara Datuk Ramli MS dan Ogy Ahmad Daud sangat panas, sehingga ketara pada riak wajah.

Sampaikan, Pet Ibrahim, pula kena masuk line untuk clearkan keadaan. Dan, Datuk Ramli pula nampak sangat sedang berusaha, nak jernihkan keadaan, dengan kritikan spontan beliau terhadap nada suara Ogy dalam memberikan teguran kepada peserta Gempak Superstar.


Tambah pula, Sharnaaz Ahmad yang sudah semakin pandai menguasai pentas pengacaraan dengan senda lawak, dan Dato Alif Shukri yang memang tak pernah malu dalam menjadi diri sendiri.

Malam ini, konsepnya adalah medley, dan diadili oleh Amy Mastura, Ogy Ahmad Daud dan Michael Ang. Antara yang paling hancur dalam telinga Muz, tentu sahaja Janam Janam versi Raja Ilya. Kalau Kajol dengar, mesti menangis sampai dengar tujuh petala langit. 

Dan apabila keputusan diumumkan, Raja Ilya dan Izreen Azminda tersingkir! Maka tinggallah 5 peserta, Nazim Othman, Sofi Jikan, Arja Lee, Elizad Sharifuddin dan Sherry Ibrahim menyahut cabaran duet pada minggu hadapan!