Isnin, Mei 09, 2016

Persembahan Artis Senior Selamatkan ABPBH 29


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29, selamat melabuhkan tirai. Dalam entry ini akan dikupas tentang persembahan-persembahan yang dijayakan sepanjang berlangsungnya anugerah pilihan pembaca yang paling konsisten penganjurannya di negara ini.


  • Tirai persembahan dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Kaka Azraf dengan lagu Bukan Hal Aku, dibantu rap Waris. Yang ini kira okay, dan boleh dikatakan berjaya bangkitkan mood, sebab bertenaga perfomance mereka berdua!
  • Slot tribute Allahyarham Adnan Abu Hassan, menampilkan Jamal Abdillah, Misha Omar, dan Liza Hanim. Nyata aura mereka bertiga masih tebal. Persembahan melankolik yang sungguh mengimbau memori lampau.
  • Hazami dan Dayang Nurfaizah beserta rakan-rakan dengan kombinasi lagu mereka ditambah Pencuri Hati versi koir memang hebat!
  • Gabungan suara anak muda Shiha, Syamil, Indah Ruhaila dan Fareez juga suatu kombinasi yang tidak mengecewakan.
  • Alunan muzik Isyana Sarasvati sungguh menyentuh jiwa! Suaranya juga bagus!
  • Sketsa daripada Zulin Aziz, Ebby Yus dan Acong Sweetchild memang best! 
  • Gandingan yang dinantikan ramai, Ziana Zain dan Siti Nordiana. Memang terbaik!!!
  • Persembahan penutup daripada Estranged dengan lagu Menaruh Harapan versi moden! Sesuatu yang menarik!
Itulah sorotan persembahan sajian ABPBH 29 tahun ini. Nasib baiklah penyanyi-penyanyi otai seperti Jamal Abdillah, Ziana Zain, Liza Hanim, Misha Omar dapat berikan yang terbaik! #Respek