Isnin, Mei 02, 2016

Mia Ahmad Akui Rapat Dengan Penjaga Gol JDT



Baru sahaja memenangi dua anugerah dalam Anugerah Pilihan Online (APO) 2016, pelakon jelita Mia Ahmad menafikan gosip yang mendakwa, dia kini sedang bercinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.

Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan drama Hati Perempuan itu mengaku berkawan rapat dengan pemain bola sepak ber­kenaan.

“Saya tidak mahu menafikan perkara yang be­tul dan menjadi hipokrit. Memang kami telah berkenalan selama setahun. Namun, masih terlalu awal untuk saya umumkan ada hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

“Perkara ini terlalu peribadi, tetapi jujurnya memang kami berkawan. Cuma untuk mengenali hati budi tidak ada masa kerana masing-masing sibuk,” katanya. - Kosmo!