Selasa, Mei 24, 2016

Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia Bersama Norman Hakim


Diam tak diam sudah lima tahun usia bahtera rumah tangga yang dibina pasangan selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim.

Sebagai antara pasangan selebriti serasi, dalam ramai yang memuji, ada juga yang cemburu melihat kebahagiaan dan romantisnya pasangan ini dalam melayari kehidupan sebagai suami, isteri dan juga ibu bapa kepada lima orang permata hati mereka.

Berkongsi rahsia, dalam nada suara yang merendah diri, bicara Memey kepada Pancaindera, dia mengakui senang dengan kehidupan bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak, bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan menganggap itu adalah antara rezeki Tuhan buatnya dan Norman.


Kata Memey, tiada rahsia tertentu namun dia dan Norman sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam berkomunikasi yang disifatkan sebagai senjata paling utama untuk dipraktikkan dalam memastikan hubungan kekeluargaan itu sentiasa utuh pada akarnya.

“Dari dulu kami sentiasa terapkan komunikasi sebagai perkara paling utama dalam hubungan suami isteri. Kata abang (panggilan Memey kepada Norman), dia mahu hal ini sentiasa menjadi amalan kami sebagai suami isteri kerana kurangnya komunikasi boleh menyebabkan salah faham berlaku.

“Walau sesibuk mana pun kami berdua, kami akan cari masa untuk bersama dan melakukan sebarang aktiviti bersama-sama. Tetapi yang jelas, kebanyakan masa kami sekarang tentunya kepada dua anak kami yang sedang membesar,” katanya. - Utusan


2 Komentar

Write Komentar