Khamis, Mei 12, 2016

Manusia Kejam Seksa Kucing Sampai Mati


Kejamnya Ya Allah! Tak sampainya hati tengok... Manusia yang buat benda ni lebih teruk daripada binatang!!


Gambar itu dimuat naik oleh Wong Che Wey, 32, di Facebook selepas dia terlihat bangkai haiwan itu di tiang lampu ketika dalam perjalanan ke rumah.


"Hidup di satu kejiranan yang menjengkelkan dimana kucing liar di seksa sehingga mata. Bagi pihak manusia, saya minta maaf. RIP kitty, kami akan menjaga anak-anak kamu", tulis Che Wey.



Beliau berkata, dia ternampak bangkai tersebut dengan kaki hadapan diikat pada tiang lampu berhampiran rumahnya pada 6.30 petang Rabu.

Beliau terkejut dengan penemuan tersebut kerana tidak pernah menjangka tindakan kejam itu akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya kepada portal FMT.

Katanya juga, proses untuk mengesan pelaku menerusi CCTV kini sedang dijalankan oleh jiran-jiran. Tambah beliau lagi, kucing malang itu telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia. Bangkai kucing malang itu juga sudah dikebumikannya.

1 Komentar:

Write Komentar
13/5/16 7:57 PG delete

Sedih sangat tgk gambar ni semalam dkt FB. Kejam sgt sipelakunya. anak-anak kucing ni comel sgt2. Syukur sgt ada yang sudi nak adopt anak-anak kucing tu.

Reply
avatar