Selasa, Mei 03, 2016

Kurus Lepas Kahwin Bukan Maksud Shaheizy Sam Tak Bahagia!



Ramai yang membuat spekulasi apabila aktor Shaheizy Sam dilihat semakin kurus dan cengkung. Padahal baru sahaja berkahwin. Orang lelaki ini kalau dah kahwin, kebanyakannya akan nampak berisi.

Tak bahagiakah Sam lepas kahwin? Hah, jangan main serkap jarang!

Aktor berusia 34 tahun itu menulis di laman Instagram, “Ramai bertanyakan Sam ‘kenapa kurus sangat, Sam sakit ke?’ dan ada juga yang kata, ‘janganlah kurus sangat, tak kacak’. Jawapannya kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat”.