Selasa, Mei 03, 2016

Kes Hampir Bertumbuk Fattah Amin Dan Seorang Pelakon Lelaki Selesai



Fattah Amin sudah memaafkan pelakon baharu Aman Nassim kerana keceluparan mulutnya sehingga membuatkan dia nyarisr menumbuk lelaki itu ketika di lokasi penggambaran.

Fattah, 26, berkata, dia enggan membesarkan lagi cerita tersebut dan menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada pelakon baharu berkenaan.

"Kes itu sudah selesai dan dia pun sudah memohon maaf dengan saya, saya faham dia manusia biasa dan kadang-kadang terlepas cakap secara tidak sengaja.

"Ia bukan kerana saya yang bersikap tidak boleh bergurau, cuma dia mecelah pada masa yang tidak sesuai," ujarnya kepada mStar Online.