Jumaat, Mei 27, 2016

Kenapa Ulama Larang Ambil Gambar Dengan Kucing!



Portal Mirror melaporkan seorang ulama warga Arab Saudi, Sheikh Saleh Bin Fawzan Al-Fazwan membuat kenyataan melarang mengambil gambar bersama kucing dengan mendakwa "amalan itu terlalu kebaratan" semasa bersiaran di stesen TV.

Dia mendakwa bergambar dengan kucing, anjing atau haiwan lain tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan negara Islam itu yang terlalu konservatif.

Menurut Sheikh, larangan itu dibuat bagi menghentikan lebih ramai menjadi sebahagian dalam "trend yang lebih kebaratan".


Memetik laporan Newsweek, Sheikh memberitahu stesen TV itu bahawa dia dimaklumkan mengenai "satu trend baharu mengenai mengambil gambar bersama kucing telah mula mempengaruhi mereka yang menjadi lebih kebaratan".  - Mirror/mstar