Isnin, Mei 09, 2016

Kenapa Norman Hakim Sujud Di Kaki Ayahnya?



Kenapa aktor berbadan sasa, Norman Hakim, sujud di kaki ayahnya?? Mengejutkan! Apa yang dah Norman Hakim buat, sampai perlu sujud mencium kaki orang tuanya itu?? Kahwin lagi ke?? Eh, stop! Jangan spekulasi!!

Alkisahnya, Norman Hakim bersama isteri Memey Suhaiza antara peserta program kendalian Dr. Azizan Osman, Intensif Magnet Kekayaan Kejayaan (IMKK), sepanjang hujung minggu lalu. Kalau nak tahu, Che Ta dan Zain Saidin juga turut menyertai program berkenaan.


Dan malam ini, Norman Hakim menerusi akaun Instagramnya memuat baik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya sujud di kaki ayahnya, beserta caption panjang lebar. Rata-rata netizen yang menulis komen, mengakui kata-kata bapa kepada 5 orang cahaya mata itu memberikan inspirasi.

Jom, kita tengok apa luahan hati Norman Hakim!


Just sharing for the first & last time; my first & foremost resolution after the #IMKK .Selama bertahun2 saya ingat dah memadai bagi ayah & mak elaun bulanan melalui online transfer.Lepas tu whatsapp bgtau duit dah online & mintak doakan utk restu & keberkatan.Selesai tanggungjawab sebagai anak.Tapi rupanya tidak . . Bila ditanya di #IMKK apakah yg akan saya lakukan sekiranya saya mempunyai peluang  sehari je lagi untuk hidup,inilah perkara PERTAMA yg nak saya lakukan dari 22 perkara; bagi ayah & mak elaun bulanan BY HAND dan SUJUD minta restu & berkat dari wali2 keramat saya ini. Apalah sgt perjalanan 5 jam pergi dan balik nak dibandingkan dgn 720 jam yg kita diberi dalam sebulan. Ketenangan dan kedamaian yg tak ada tolok bandingnya.Sekadar perkongsian bersama,tiada sekelumit niat utk riak . . Selagi ayah mak kita masih ada & tiada aral tanpa perlu merentas lautan,jom kita upgrade bagi elaun pada mereka BY HAND sambil kita minta ampun maaf,mohon restu & keberkatan sambil buat sharing dari hati ke hati apa yg mereka rasa ingin luahkan.Semoga saya dan kita sama2 dapat mulakan dan terus istiqamah.Saya percaya inilah kunci magnet rezeki paling utama in shaa allah aamiin yra...
A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Kalau yang rajin follow IG selebriti, Norman Hakim selian rajin berkongsi tentang healthy lifestyle, ada masanya caption yang ditulis aktor berkenaan juga sering mengandungi makna tersirat yang mempunyai maksud yang mendalam.

Semoga, kekal dan terus memberi inspirasi kepada khalayak!