Jumaat, Mei 27, 2016

Jun Juara Ceria Popstar 4; Keputusan Penuh & Review Konsert Kemuncak Ceria Popstar Musim Keempat


Ceria Popstar Musim Keempat sudah sampai ke penghujungnya. Malam finale ini 4 orang peserta yang masih bertahan akan bertanding dalam dua momentum yang berbeza. Musim Keempat ini, Ceria Popstar diacarakan oleh Nabil Ahmad.

Pusingan pertama menyaksikan Aniq, Hazmil, Jun dan Rezza menyanyikan lagu-lagu pilihan sendiri. Penjurian persembahan dalam pusingan pertama ini adalah berdasarkan penjurian juri sebanyak 50% manakala 50% pula merupakan hasil undian penonton.


Daripada 4 orang perserta hanya dua sahaja yang akan tersenarai ke peringkat battle, dan menyanyikan lagu pilihan juri. Jun dan Rezza terpilih ke peringkay battle round ini, Jun menyanyikan lagu Bahtera Merdeka manakala Rezza pula menyanyikan lagu Mewangi.

Jun menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dengan randisi tersendiri, namun Muz kurang gemar versi lantang dan moden ini sekali gus setuju dengan komen Siti Nurhaliza yang mengatakan terlalu keras dan kurang jiwa. Lebih suka versi yang lebih melankolia. Rezza yang mengalami masalah suara pula menampilkan persembahan yang lebih santai dan tenang dalam menterjemahkan Mewangi.

Ceria Popstar 4 diadili oleh tiga orang juri tetap, iaitu Awie, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza. Penaungnya masih Aznil Haji Nawawi. Tenaga pengajarnya adalah Mark Adam, Black dan Jaclyn Victor.

Adakah bakat atau rupa yang jadi taruhan? Apakah kualiti mampu mengatasi simpati? Nah, berikut merupakan senarai penuh pemenang Konsert Akhir Ceria Popstar Musim Keempat.

Anugerah Bintang Genius: Jun
Tempat Keempat: Hazmil
Tempat Ketiga: Aniq
Naib Juara: Rezza
Juara: Jun