Khamis, Mei 19, 2016

Jejai Nafi Ganggu Fasha; Minta Polis Siasat!


Ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, mendakwa laporan polis oleh Fasha Sandha yang mendakwa dia masih mengganggu kehidupan pelakon itu, adalah satu berita yang tidak berasas sama sekali.


Justeru, Jejai, 40, meminta supaya pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya tuduhan yang telah dibuat oleh bekas isterinya itu.


“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya,” kata Jejai kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.