Isnin, Mei 16, 2016

Hafidz Roshdi Bawa Isteri Bulan Madu Ke Tiga Lokasi



Pelakon muda Hafidz Roshdi yang mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu masih belum berkesempatan meluangkan masa berbulan madu bersama isteri tercinta.

Bercakap kepada mstar online, Hafidz Roshdi menyatakan kesibukan penggambaran dan isterinya yang sibuk dengan kuliah menyebabkan percutian bulan madu mereka tertangguh.

Bagaimanapun, mereka akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu sebelum terbang ke Medan dan Tokyo untuk berbulan madu.