Ahad, Mei 22, 2016

Fatin Peserta Wild Card Dari Kelantan Juara Pentas Akhir Clever Girl Malaysia 2016


Clever Gil Malaysia 2016 sudah sampai ke pentas akhir. Malam ini, 4 orang Clever Girl, masing-masing dari Perak, Selangor, Melaka dan Pahang akan berentap dalam 3 pusingan untuk merebut wang tunai RM100 000.

Pusingan pertama ada 10 soalan yang bernilai 5 markah setiap satu. Peserta yang paling tercorot akan disingkirkan, dan baki tiga peserta akan berentap dalam pusingan kedua. Meskipun, Jane agak aktif menjawab dalam pusingan ini, namun over confident boleh dikatakan penyebab Jane disingkirkan. Malang baginya, menekan bazer sebelum Aliff Satar membacakan soalan tentang negara anggota Asean pada awal pembentukannya.

Pusingan kedua menyaksikan Arina dari Selangor, Mary dari Pahang dan Fatin dari Kelantan bertarung sengit. Menariknya, juara pusingan kedua ini akan terus ke Pusingan Penentuan Juara, manakala baki dua peserta perlu melalui peringkat Uji Minda. Tambah mencabar, 10 soalan ini memiliki jumlah markah yang berbeza. Makin bertambah soalan, makin bertambah markahnya.


Mary mendahului dengan 60 markah, Arina (30 markah) dan Fatin (20 markah) ketika di pertengahan Pusingan Kedua ini. Malang bagi Arina dan Mary apabila menjawab jawapan yang salah, menyebabkan hilang markah yang dikumpul dalam Pusingan Kedua ini. Arina bangkit dengan menjawab tiga soalan berikutnya dengan tepat dan mengumpul 190 markah. Soalan terakhir, bernilai 100 markah dijawab oleh Mary dengan tepat.

Maka, Clever Girl dari Selangor berjaya menempa tempat di Pusingan Penentuan Juara. Manakala, Mary dan Fatin perlu berentap dalam Pusingan Uji Minda. Mr. Jay Menon dipanggil untuk mengadili pusingan ini.

Peserta perlu menyusun huruf T dalam bingkai berbentuk segi empat tanpa bertindih. Fatin, dari Kelantan berjaya menyusun hanya dalam beberapa saat sahaja, menyebabkan Mary dari Pahang tersingkir. Ini menyebabkan kedua-dua peserta akhir adalah kedua-duanya adalah peserta Wild Card, yang pernah disingkirkan dan kembali semula dalam Clever Girl Malaysia 2016.

Pusingan Penentu Juara, ada Tanya Malaysia dengan 10 soalan mengikut kategori yang sama buat kedua-dua Arina dan Fatin. Soalan pertama dan kedua dijawab salah oleh kedua-duanya. Fatin berjaya jawab soalan ketiga, keempat dan kelima dengan betul. Arina pula berjaya menjawab soalan keempat dan kelima dengan betul.

Tanya Malaysia digunakan untuk soalan keenam, apabila rakyat Malaysia diberikan mandat untuk memilih kategori soalan yang akan diajukan kepada peserta Pentas Akhir Clever Girl Malaysia 2016. Sejarah, Sukan, Angkasa Lepas dan Geografi adalah kategori yang perlu diundi Malaysia. Kategori yang dipilih adalah Angkasa Lepas, dan soalan bagi kategori ini tidak berjaya dijawab oleh Fatin dan Arina.

Soalan ketujuh dalam kategori Simbol berjaya dijawab oleh Fatin dan Arina dengan tepat. Soalan kelapan, kategori Karya Moden, berjaya dijawab oleh Fatin dan Arina yang berkisarkan latar tempat dan perwatakan dalam novel tulisan sasterawan negara. Soalan kesembilan berjaya dijawab Fatin dengan tepat, manakala Arina menjawab dengan salah, sekali gus soalan kesepuluh tidak diajukan kerana markah yang dikumpul Fatin berjaya melonjakkan Fatin dari Kelantan sebagai Juara Clever Girl Malaysia 2016.


1 Komentar:

Write Komentar
Abam Kie
AUTHOR
23/5/16 7:27 PG delete

Gomo Kelate Gomo...

Reply
avatar