Selasa, Mei 03, 2016

Fadzil Zahari Kongsi Berita Yana Samsudin Hamil 7 Bulan



Apabila pasangan berkahwin, dah lama sedikit, pasti soalan tentang cahaya mata akan diajukan. Apatah lagi pasangan selebriti, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, mempunyai ikatan rapat dengan Farid Kamil dan Diana Danielle, yang juga pasangan popular yang sudah memiliki sepasang anak yang comel.

Beberapa hari lepas, Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil itu tampil berkongsi di laman sosial instagram bahawa isterinya Yana Samsudin telahpun hamil, dan usia kandungan sudah mencecah 7 bulan.

Dikhabarkan juga bahawa jangkaan kelahiran cahaya mata pasangan ini adalah pada awal Syawal nanti. Sama-sama kita doakan yang terbaik kepada pasangan yang humble ini. Tahniah!